I never knew that people will fall for bogus character / fraud identity in FS, FB or YM. I dont know, but experience I had when I was in form 4, a friend of mine had this disturbing character of writing herself a love letter! Eversince, I have the 6th sense of detecting people with disturbing behavior or a bogus. I just can tell just like that~
Ok, maybe this article from Bintang Popular of.....Maya Darina..come on..how come they believe something so obvious like this??
Faizal Tahir:
"TERUS-TERANG saya katakan, saya terkejut apabila nama saya dikaitkan menerusi satu artikel - ‘Maya Darina Dahlan Hain tidak wujud?’ yang disiarkan menerusi B*Pop terbitan 7 September lalu. Artikel itu mendakwa diri saya pernah dipermainkan seorang wanita bernama Elie, gadis yang mungkin menyamar sebagai Maya Darina Dahlan Hain apabila dia didakwa sebagai kekasih terbaru Pierre Andre!
Maya Darina ini saya sangat pasti dan amat yakin, dia ni tak pernah wujud! Walaupun kisah saya dan Maya Darina sudah lama berakhir, saya tak sangka cerita Maya Darina ini timbul semula. Saya pernah cakap dengan Maya ni, dia ada masalah mental dan perlu berjumpa dengan doktor. Maya Darina menggunakan banyak nama, ketika dia bersama saya, dia menggunakan nama Molie dan satu lagi watak lain iaitu Melia. Melia ialah kakak kepada Maya Darina.
Saya dah kenal Maya ni lama, tapi kami tak pernah berjumpa. Saya kenal Maya menerusi laman web friendster di internet. Maya beritahu, dia sakit jantung. Dia nak mati, tinggal beberapa hari saja lagi nak hidup. Sebagai kawan, saya beri Maya semangat. Kami jadi kawan rapat, tapi menerusi friendster saja, tak pernah minta nombor telefon dia pun.
Apabila tiba ‘hari kematiannya’, Maya beritahu saya, dia tak jadi mati! Dia kata dia lawan rasa nak mati tu! Sebabnya saya banyak beri semangat padanya. Ayat power! Ketika itu saya baru kahwin, tapi tak ada anak lagi. Kata Maya lagi, dia nak jumpa saya dulu sebelum mati. Dia beritahu saya, dia dah timbul rasa sayang pada saya sebab saya selalu beri dia semangat. Maya kata, dia belum pernah jumpa orang caring seperti saya.
Maya juga mendakwa, dia baru saja putus cinta dengan teman lelakinya sebab teman lelakinya tak larat nak jaga dia sebab dia sakit. Saya cakap pada dia, tak boleh sayang saya sebab saya dah kahwin. Sebaik saja saya cakap macam tu, dia tiba-tiba terus jatuh sakit, nak mati lagi! Saya beritahu Maya, sentiasa ingat Tuhan.
Nak dijadikan cerita, isteri saya cari Maya. Isteri saya berjaya mendapatkan nombor telefon Maya. Banyak kali isteri saya telefon, tapi dia tak nak jawab. Akhirnya suatu hari isteri saya telefon, ada orang jawab dan bermulalah satu lagi karektor, Melia. Melia dan Maya Darina adalah orang sama, dia cuma tukar suara saja. Melia beritahu isteri saya, Maya Darina sudah mati... Bermula dari situ, habis, saya tak dengar apa-apa cerita lagi.
Saya pun masuk OIAM. Tak lama kemudian ada seseorang hantar SMS pada saya, tapi saya tak kenal siapa. Dia tak nak memperkenalkan dirinya. Akhirnya selepas didesak, dia memberitahu, dia adalah Maya Darina... Saya cakap jangan main-main dengan orang yang sudah mati. Macam-macam cerita timbul selepas itu kononnya Maya beritahu, Melia sengaja mereka cerita.
Dia beritahu saya, Maya Darina Dahlan Hain masih wujud. Saya pelik! Maya terus mengganggu hidup saya, saya maki dia berbakul-bakul! Akhirnya Melia muncul semula dan telefon saya tiap-tiap malam, tapi saya tak layan, manakala Maya dah senyap. Melia beritahu, Maya sakit semula, jantungnya ada masalah lagi. Tak lama lagi Maya nak mati. Saya kata, jangan tipu lagilah!
Melia guna sentimen lagi, jumpalah Maya selagi dia masih hidup. Tapi, saya masih belum berpeluang bertemu Maya. Setiap kali saya nak jumpa Maya di Institut Jantung Negara (IJN) ada saja alasannya, doktor tak benarkan pelawatlah, ada mesin tengah onlah dan macam-macam! Yang saya tak boleh tahan nak dengar tu, Maya beritahu, dia ni founder untuk konsert IJN bersama Sheila Majid! Dia nak panggil saya buat show!
Maya beritahu, dia dah cadangkan nama saya, tapi akhirnya Sheila yang terpilih. Akhirnya dia mula dapat perhatian saya ketika saya kena gam tiga bulan tu. Ketika itu memang saya ‘down gila’. Ketika itu jugalah Maya masuk jarum. Maya kata, dia boleh tolong menaikkan semula karier saya kerana dia ada pengaruh besar dan kenal semua VIP di sebuah syarikat media! Dia kata, dia boleh terus jumpa menteri untuk menjernihkan semula nama saya.
Saya tanya Maya lagi, dia ni siapa sebenarnya. Dia kata dia seseorang dan ada saham di syarikat media berkenaan. Tambah Maya lagi, dia pun dah tak lama hidup, jadi dia nak tinggalkan sahamnya pada saya! Maya nak mewasiatkan sahamnya kepada saya. Saya masih tak nak percaya, saya kata buktikan! Sudahlah saya tak pernah berjumpa dengan Maya Darina ni.
Akhirnya satu lagi karektor wujud, Molie. Molie adalah gadis yang dilihat pernah bersama Pierre. Sebelum itu, ketika separuh akhir Muzik-Muzik TV3, lagi beberapa minit saya nak naik stage menyanyikan lagu Kasih Tercipta, saya dapat SMS daripada Melia, Melia beritahu saya, Maya baru saja meninggal dunia. Kuburnya di sini, malam ini mereka nak buat kenduri tahlil. Saya buat bodoh saja!
Tak lama kemudian, Molie pun muncul dan memperkenalkan dirinya adik Maya. Kami hanya SMS saja. Tiba-tiba suatu hari Molie terlepas cakap, katanya dia baru berjumpa Maya! Saya dah dapat tangkap, ini mesti ada sesuatu! Selepas itu, bermulalah satu episod baru. Saya kata saya nak jumpa sangat Maya ni. Dia orang ni main-main, dia orang dah cakap dengan saya, Maya dah mati tiga kali! Tiba-tiba Maya hidup balik!
Maya nak tembus balik kesalahannya sebab dia dah tipu saya. Masa ini lah dia beritahu saya, dia anak seseorang, ada saham di syarikat media, ada rumah mewah berhampiran KLCC, ada pengaruh politiklah, kenal menterilah dan macam-macam. Maya kata dia masih sakit, tapi belum mati. Maya nak mewasiatkan hartanya kepada saya. Saya kata jangan tipu, akhirnya Maya minta saya berjumpa dengan Molie.
Saya bertemu Molie dengan isteri saya. Molie bawa surat wasiat Maya yang bagi saya memang Molie buat sendiri. Saya pernah tanya Molie, kenapa muka dia lain dengan Maya, Molie kata, dia adik tiri Maya. Pendekkan cerita, semua yang Maya janjikan dengan saya, menipu! Maya masih mengganggu kehidupan saya, katanya dia sanggup jadi isteri kedua atau ketiga saya! Akhirnya cerita berpindah kepada Farid Kamil, Farid telefon saya, tanya sama ada saya pernah ada pembantu peribadi nama Elie tak. Sekarang Maya dah mengganggu Pierre pula.”
Farah Asyikin
"SAYA buat pendedahan ini untuk mereka yang sudah terkena dengan Maya Darina seperti bekas kekasih Pierre, Norliana (Yana) dan Faizal. Sekarang ni yang dalam kesusahan ialah Pierre. Maya cari Farah dalam blog, emel Farah dan beritahu keadaan dirinya, dia sakit jantung. Saya simpati dengannya. Kami berkomunikasi menerusi telefon dan Farah dengar rintihan Maya, dia keluar masuk hospital.
Saya beritahu Maya, suami saya seorang doktor. Saya pun memperkenalkan suami saya, Dr Fariz (kini sudah bercerai) dengan Maya. Ketika itu, saya dan Fariz dah tinggal berasingan. Saya pun menunjukkan gambar Maya Darina kepada Fariz. Fariz pun ambil kes Maya. Akhirnya Maya dan Fariz jadi kawan. Mereka berhubung menerusi SMS. Mungkin Maya Darina ini adalah salah satu faktor kecil yang menyebabkan hubungan saya dan Fariz semakin jauh.
Dalam masa sama, Maya masih SMS saya. Fariz dapat kesan Maya ni penipu kerana dia cakap berbelit-belit. Fariz tak pernah jumpa Maya, tapi dah pernah jumpa Molie iaitu gadis yang bergambar bersama Pierre seperti yang disiarkan B*Pop, 7 September lalu. Fariz nak hantar bunga dan coklat kepada Maya, tapi menerusi Molie. Molie mendakwa, dia dan Maya, adik beradik. Dari situ, Fariz dah dapat agak, ada sesuatu yang berlaku.
Apabila Maya kata dia masuk PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), Fariz semak senarai nama pesakit, memang tak ada pesakit bernama Maya Darina! Apabila Fariz tak layan, Maya SMS saya, dia kata nak bunuh diri! Saya tak layan. Kalau Maya telefon, telefon Molie akan dimatikan. Bagi saya, Maya Darina atau Molie adalah orang yang sama. Maya tak pernah muncul, yang ada hanyalah Molie saja.
Menurut cerita dalam blog, Molie dah kahwin dengan Pierre, sedangkan Pierre nak kahwin dengan Maya! Kalau Maya Darina Dahlan Hain betul-betul wujud, tunjukkan dirinya. Sekarang memang tak ada bukti Maya wujud. Kepada Pierre, please wake-up! Maya, Melia, Molie, Elie adalah orang sama, apabila bercakap di telefon pun, suara sama saja. Pesanan saya kepada Maya, better stop, jangan memporak-perandakan lagi hubungan orang lain! Sekiranya benar Pierre pernah berjumpa dengan Maya Darina, tampillah bersama gadis itu!”
BINTANG POPULAR~07 SEPT 2008~Maya Darina Dahlan Hain tidak wujud?
zubir@bharian.com.my
MINGGU lalu apabila bekas kekasih Pierre Andre, Norliana Samsudin membuat pendedahan, nama kekasih baru Pierre ialah Maya Darina Dahlan Hain, Zubir menerima banyak maklum balas menerusi panggilan telefon dan SMS. Satu daripada panggilan telefon itu memberitahu Zubir, sumber berkenaan mendakwa, sebenarnya Maya Darina Dahlan Hain tidak wujud apabila Pierre sendiri dikatakan tidak pernah berjumpa pun dengan Maya!
“Maya adalah kekasih khayalan Pierre. Sebenarnya ada orang lain menyamar sebagai Maya. Pierre ditipu bulat-bulat oleh pihak berkenaan. Terus-terang saya beritahu Zubir, Maya ialah Elie, seorang penulis skrip yang pernah bertugas di sebuah syarikat filem. Elie mungkin menyamar sebagai Maya. Sebelum Pierre, Elie pernah dikatakan mempermainkan penyanyi Faizal Tahir!,” jelas sumber itu bersungguh-sungguh.
Zubir juga mendapat maklumat, Maya mendakwa dirinya ialah seorang ahli Lembaga Pengarah di sebuah kumpulan syarikat media dan dia mempunyai kuasa menghalang wartawan mendedahkan ceritanya di akhbar. Maya juga didakwa mempunyai kediaman mewah, sebuah kondominium berdekatan KLCC! Wah, hebatnya Maya ini sekiranya dia benar-benar wujud
Lebih menggemparkan, Pierre dimaklumkan, Maya kini sedang mengidap masalah jantung dan pernah terlantar sakit di Institut Jantung Negara. Tapi, agak menggelikan hati apabila ada pihak mengirimkan buah dan bunga kepada Maya di IJN, pihak IJN memberitahu, tidak pernah wujud nama pesakit Maya Darina Dahlan Hain di situ! Kwang! Kwang! Kwang!
Zubir cabar Pierre supaya dia memperkenalkan Maya Darina kepada umum sekiranya buah hatinya itu benar-benar wujud! Sila tunjukkan bukti pengenalan diri seperti salinan kad pengenalan atau pas pekerja! Zubir juga harap, Pierre tidak berkecil hati dengan pendedahan Zubir kali ini kerana sebagai seorang wartawan, Zubir tidak mahu Pierre menjadi mangsa seterusnya. Sebenarnya, sebelum Pierre, Elie pernah dikatakan cuba memikat pelakon kacak, Farid Kamil tapi tidak menjadi, jadi kini giliran Pierre pula.
Sekiranya apa diceritakan kepada Zubir ini kisah benar, Zubir harap, Elie menghentikan kerja macam itu demi kebaikan bersama. Jangan cemari industri hiburan negara. Kalau ada masalah, boleh berjumpa pakar psikiatri.
ZUBIR: Jangan bercinta dengan halimuman, nanti boleh jadi sasau.
0 chemistry(s):
Post a Comment