Find me on insta!

Instagram

♥ AIDA THEPINKGODDESS ♥

My photo
Life has taught me a lot about never to put hope on anything but ALLAH. Because when it turns out otherwise, the pain is unbearable. What crashed my past can never crash my present. Please do not use my photos without my permission. AidaThePinkGoddess™ © 2010 all rights reserved

Ayra Maysaa

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, August 15, 2010

Seru Lagu Tema: Ku seru by Misha Omar

Tadi dengar tazkirah kat TV, ada something ustazah tu cakap pasal 'seru'. Seringkali orang tanya bila nak pakai tudung? bila nak start solat? and jawapan yang paling famous ialah "Tunggu seru @ belum sampai seru" then ustazah tu cakap, seru bukan untuk ditunggu tetapi dicari. Dan tak ada istilah belum sampai seru sebab 'seru' ada 5 kali sehari.. Betul kan? renung2kan selamat beramal..

5 hari dah kita puasa, alhamdulillah..

3 chemistry(s):

Ani Inherown said...

benarrrrrrr

PurPLe LaDy AiFA said...

pada satu petang yang hening di bulan ramadhan ini, saya telah tergerak hati menukarkan channel radio ke IKIM instead of Hot.fm. Tiba2 dj tersebut membuka lagu Awaken by Maher Zain. Menghayati bait2 lagu tersebut menyebabkan saya terkedu dan tersentak betapa hidup saya memang melebihkan dunia semata-mata and betapa kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat kelak.

Keesokkan harinya saya membuka radio tersebut lagi dan mendengar alunan zikir dan selawat. Selalunya telinga saya hanya mendengar, tapi kali ini saya mengikut berzikir dan selawat sekali. Astaghfirullah, terus air mata mengalir selaju mungkin sebab rasa macam dah la a tak berzikir dan berselawat bersama-sama dan beramai2.

Tapi, ketetapan hati belum ada dan still ada sekelumit rasa ragu2 untuk berubah sebenar2nya. Masih fikir, adakah kalau saya berubah saya akan kehilangan kawan2 yang sedia ada, adakah tidak lagi beraktiviti bersama kawan2 lagi? Dikala hati tgh ragu2, dengan tidak disangka lagu 'Insya Allah by Maher Zain' berkumandang di radio. Saya terus tersentak dan tertanya sendiri, 'adakah itu seru daripadan-Nya?'

tolong saya ya ustazah aida...=S

Aida The Pink Goddess said...

salaam kepada saudari Purple Lady;

Alangkah bertuahnya Purple Lady dapat merasakan kesan apabila berzikir dan bersalawat kerana adapun hidayah itu hanyalah milik Allah. Seperti firman: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).

Cuba kita lihat sahaja pada Abu Talib, sehebat mana pun beliau berjuang bersama Rasulullah untuk memperjuangkan Ad-din, tetap juga tidak terbuka hati nya untuk memeluk Islam al-syumul.

Adapun hidayah/seru itu adalah milik Allah, namun kita insan boleh merebut nya; salah satu nya ialah dengan cara yang saudari lakukan itu; memperbanyakkan amalan sunat, mendengar tazkirah, ceramah.

Jika saudari rasa itulah seru atau hidayah, kekalkanlah ia, bagaimana? iaitu dengan membaca Al-Quran, 10 ayat sehari dapat memelihara kita daripada menjadi golongan yang lalai. Adapun kita tidak sedar bahawa kita memohon hidayah daripada Allah setiap hari dalam bacaan solat kita iaitu Ummul Kitab; Al-fatihah..

Semua nya mungkin jika kita benar2 ikhlas mahu berubah, sentiasa memohon dan mengekalkan hidayah/ seru yang Allah kurniakan. Doa,usaha,istiqamah,tawakkal work everytime.. :)

Related Posts with Thumbnails