Find me on insta!

Instagram

♥ AIDA THEPINKGODDESS ♥

My photo
Life has taught me a lot about never to put hope on anything but ALLAH. Because when it turns out otherwise, the pain is unbearable. What crashed my past can never crash my present. Please do not use my photos without my permission. AidaThePinkGoddess™ © 2010 all rights reserved

Ayra Maysaa

Lilypie First Birthday tickers

Friday, February 26, 2010

Manjakan Isteri mengikut Sunnah Rasulullah

Salam Maulidur Rasul kepada semua saudara muslimin dan muslimat sekalian. Tadi di WHI topik ini is discussed by our famous motivatior Dr. Fadzillah Kamsah and seorang actress yang mostly her current dramas now are Islamic oriented-full of lessons and self reflection: Sheila Rusly.

Tak ada manusia yang punya akhlak sesempurna Rasul junjungan kita, sepertimana yang kita tahu akhlaknya sesempurna Al-Quran. Berikut adalah antara cara-cara Rasulullah melayan isteri2 baginda:

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

Sesungguhnya Rasulullah ialah role model yang tiada tolok banding untuk dicontohi dalam segala apa segi pun.

Datuk DFK cakap, kebanyakan kesilapan suami ialah melayan isteri TIDAK seperti yang isteri mahukan. Walaupun si suami rasa dia sudah cukup romantik, penuh kasih sayang, tidak pernah lupa memanjakan isteri dengan hadiah tetapi jika tidak ngam dengan kemahuan isteri, maka semuanya sia2 sahaja..

Tiga perkara yang perempuan mahu dalam rumahtangga ialah, kasih sayang : bermakna mereka mahu ianya disebut selalu, bukan dipinta, ditunjukkan dengan sentuhan. Perkara kedua ialah assurance. Kepastian. Ini normal la, kalau isteri banyak tanya, means dia mahukan kepastian. Dan last sekali ialah pengukuhan. Pengukuhan means pengukuhan kasih sayang yang telah sedia ada, perlu dibaja dari masa ke masa. Wanita mahu sentiasa dihormati dan didengari.

Kebanyakan lelaki terlepas satu perkara: Mood wanita ni selalu berubah-ubah, kadangkala ada masa suram wanita perlu lebih perhatian dan comfort. Inilah yang perlu lelaki faham tentang wanita sebelum memahami yang lain-lain.

Suami yang tidak cemburu ialah suami yang dayus.

Satu pelukan erat dari suami dapat menghapuskan segala penat lelah, kemarahan dan kesedihan seorang isteri.

Lelaki paling pantang apabila dirinya dibanding2kan dengan lelaki lain walau dari segi apa sekalipun.

Sebaik-baik suami ialah suami yang dapat mendidik isterinya mennyayangi ALLAH melebihi dirinya dan membimbing isteri sama-sama menyelusuri satu matlamat iaitu syurga Allah..

Rumah yang suami isteri nya bahagia, hormat satu sama lain, akan berterusan mendapat rahmat dan hidayah Allah.

P/S: Apa2pun jika mendambakan layanan seperti ini, make sure akhlak kita seperti Sayiditina  Khadijah dan Sayiditina Aisyah. :D

14 chemistry(s):

Admin said...

‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

sangat cool! gentleman yg sejati

Aida The Pink Goddess said...

itulah, bestnyerr

ahmad said...

suma madah topik ya best tek...k orang dah kawen nang sesuai ya...hehehe

Aida The Pink Goddess said...

aok, nang best

abu ubaidah bin sainuri bin yahmin bin rasio bin rangga said...

eh cam kamek jak ya hehe,gud entry baby,i love u,allahumma solli 'ala saidina muhammad!!

Aida The Pink Goddess said...

mcm u? bin rangga? oh my..........

Aida The Pink Goddess said...

i love u more, sollu alaihi..

PurPLe LaDy said...

sgt besh! shld ask my kasyfi to read this!

Aida The Pink Goddess said...

tiada idola yang ideal selain Muhammad s.a.w.. sollu alaihi..

dilla kamal said...

i also read somwhere that the prophet make it a habit to bathe his wives and play 'chase and run' with them.

a true romantic! ;)

Ernie Khairina said...

Rasulullah juga menemankan isterinya Aisyah bila Aisyah nak pegi tengok 'konsert' maybe some kind of entertainment/nyanyi2/nasyid2 maybe masa tu. comel!

Aida The Pink Goddess said...

dilla: yaaa, he is!
ernie: comelnya!!!

believe it or not, kalau baginda je kita tak melenting part 'poligamy' kan.. sollu alaihi......

putri_badri said...

salam....
really good topic....

Biena said...

Nota kaki di P/S note: Sgt setuju!

NI tak sebut poligami terus terbang periuk, kulai... kui kui...

Related Posts with Thumbnails