Find me on insta!

Instagram

♥ AIDA THEPINKGODDESS ♥

My photo
Life has taught me a lot about never to put hope on anything but ALLAH. Because when it turns out otherwise, the pain is unbearable. What crashed my past can never crash my present. Please do not use my photos without my permission. AidaThePinkGoddess™ © 2010 all rights reserved

Ayra Maysaa

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 5, 2012

Wasiat untuk Menantu

Guys, 

Attached is the Wasiat from my FIL to his new SIL. Tearjerker indeed!


WASIAT UNTUK ANAKANDA HAFEEZ

Anakandaku,
Hari ini hari bersejarah untukmu,
Kau telah diijab kabulkan dengan anak perempuan ayah,
Kini ayah serahkan puteri ayah sebagai amanah
Oleh itu terimalah anak ayah seadanya.
Terimalah dengan hati yang penuh reda.
Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju Jannah
Berlemah lembutlah jika kau menasihatinya,
Kerana sesungguhnya lemah lembut adalah hikmah yang paling baik,
Berilah kasih sayangmu kepadanya nescaya dia akan membalas kasih sayangmu.

Anakanda Hafeez,
Pastikan aurat isterimu terpelihara ketika keluar rumah,
tidak berhias dan berbau-bauan kepada bukan mahramnya.
kerana jika auratnya terdedah kau akan ditanya oleh Allah SWT
di akhirat nanti.
Berilah nafkah zahir dan batin sekadar kemampuanmu,
kerana setiap ringgit yang kau gunakan untuk keluargamu merupakan sedekah disisi Allah SWT.
Carilah rezeki yang halal kerana keluar  bekerja mencari nafkah seumpama berjihad dijalan Allah SWT.
Berikanlah ilmu agama pada isterimu,
Jika kau tidak mampu ajaklah dia ke masjid supaya ada guru yang mendidiknya.

Anakanda Hafeez,
Kau telah terpilih menjadi nakhoda bahtera kehidupanmu,
Maka teruskan perjalananmu dengan berhati-hati supaya tidak tersesat diperjalanan,
Jika tersalah haluan kembalilah kepangkal jalan.
Ambillah panduan al-Quran dan sunnah Nabi-Nya
nescaya kau tidak akan sesat selama-lamanya.
Jauhkan daripada bisikan syaitan dan nafsu amarahmu
kerana kedua-duanya boleh menyebabkan kau lari daripada rahmat Allah SWT.
Hidup berumah tangga tidak sama semasa bujang,
kini kau perlu berkongsi segala-galanya.
Ranjau, onak dan duri perlu diharungi bersama.
Banyakkan bersabar dan bertenang dalam kau membuat keputusan,
jangan mudah berkeras dengan pendapat sendiri, banyakkan berbincang kerana sesungguhnya bersyura banyak menfaatnya.

Anakanda Hafeez,
Bersikap tegas dan lemah-lembut terhadap isterimu kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan  luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya.

Berilah pujian terhadap isterimu kerana wanita suka dipuji dan  berilah hadiah ketika menyambut hari kelahirannya demi mengeratkan kasih sayang.
Nabi SAW sering memberi hadiah kepada isteri-isteri baginda.

Anakandaku Hafeez,
Laut tidak sentiasa tenang, ada pasang surutnya.
Begitu juga kehidupan berumah tangga, adakala gembira ada kalanya bergelora.
Jika kau dapati isterimu menderhakaimu,
maka berilah nasihat yang baik kepadanya,
Jika tidak berkesan pisahkan tempat tidurmu,
Jika masih tidak berhasil maka pukullah sekadar mengingatkannya bukan untuk mencederakannya.
Carilah pendamai yang baik , bertolak ansurlah kerana tidak rugi jika kau mengalah dalam perkara-perkara kecil.
Sesungguhnya Allah merahmati  suami yang sabar dan tenang mengatasi krisis rumah tangganya.dan mengelakkan perceraian.
Ku kenali puteriku berakhlak mulia
Ku kenali puteriku tekun beragama
Jangan cintanya kau persia
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia
Jangan nanti ada cinta yang dikhianati
Anak isteri terasa sepi

Anakandaku,
Berjanjilah sengan syarat ta’liq
Jika tiada lagi cinta ikhlas
Bebaskan puteriku
Sebaiknya seperti ianya diserahkan
 
Anakandaku

Ayah sentiasa mendoakan kesejahteraanmu sekeluarga insya Allah berkekalan hingga bertemu di syurga.
Oleh itu jauhkan dirimu dan ahli keluargamu daripada seksaan api neraka.
Doa ayah untuk kamu berdua : “ Semoga Allah menghimpunkan segala kebaikan untuk kamu berdua, memberkati kamu berdua dan semoga Allah meningkatkan darjat keturunan kamu berdua menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “


8 chemistry(s):

Joanne Juend said...

beautiful :)

~KB~ said...

Been a silent reader for quite some time. But somehow, want to leave a comment indeed on this.
A real tearjerker, indeed! Your FIL must be a pious man with wisdom & knowledge to be able to come up with such piece of advice! Do you mind if I share with my hubby?

[sutera kasih] said...

so touching my heart...

sumufad said...

me also want to share..tq aida

boboiboy said...

Ku kenali puteriku berakhlak mulia
Ku kenali puteriku tekun beragama
Jangan cintanya kau persia
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia
Jangan nanti ada cinta yang dikhianati
Anak isteri terasa sepi

Anakandaku,
Berjanjilah sengan syarat ta’liq
Jika tiada lagi cinta ikhlas
Bebaskan puteriku
Sebaiknya seperti ianya diserahkan

............
terkesan di hati.
menangis sendiri.

Neeja Ami said...

Assalamualaikum dear sister,
mohon share ya(fb & blog, will link to our blog). Sangat terkesan di hati ini. Harapan dn nasihat yg tentunya smua ayah merasainya,berat melepaskn anak gadisnya. Wanna share with my inshaAllah-future- imam too. If u don't mind? :)

afifs said...

indah sekali nukilan beliau,
menusuk kalbu memberi keinsafan,
moga diamati setiap lapisan...

Aida The Pink Goddess said...

kawan2ku sharela!!

Related Posts with Thumbnails