Mari belajar Fiqh~ Lets do a revision!
Banyak yang tak sedar, lupa atau termiss hal ni. Apakah status menantu dengan mertua.
Ibu saudara sebelah isteri TIDAK termasuk kepada MAHRAM kerana Mushaharah (besan/ipar) Atau Sebab Pernikahan. Kerana mahram kategori tersebut hanyalah terhad kepada :-
a. Menantu lelaki dengan mertua wanitanya, atau ibu dari isteri (mertua wanita).
b. Suami dengan anak wanita dari isteri (anak tiri yang wanita).
c. Mertua laki-laki dengan menantu perempuannya, atau isteri dari anak laki-lakinya.
d. Lelaki dengan ibu tirinya, atau isteri dari bapa.
Ibu saudara Ipar statusnya adalah Mahram muaqqat (sementara). Yang diharamkan adalah berkahwin dengannya (semasa dia masih bersuami), kerana dia adalah isteri Bapa saudara kamu (isteri orang). Hukum yang lain termasuklah :-
a. Haram bersentuhan.
b. Haram berdua-duan (khalwat).
c. Haram bemusafir berdua.
d. Haramnya untuk melihat atau terlihat sebahagian aurat seperti kepala, rambut, tangan dan kaki. Seluruh tubuh wanita itu menjadi aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangan.
My Second Labor Story
5 years ago
2 chemistry(s):
sy pon baruk2 juak tauk PIL adalah mahram.. lelah lamak tok tek nak bertudng apa indah.. huhu
salam ziarah...
jom lepak di blog buaya...
Post a Comment