Find me on insta!

Instagram

♥ AIDA THEPINKGODDESS ♥

My photo
Life has taught me a lot about never to put hope on anything but ALLAH. Because when it turns out otherwise, the pain is unbearable. What crashed my past can never crash my present. Please do not use my photos without my permission. AidaThePinkGoddess™ © 2010 all rights reserved

Ayra Maysaa

Lilypie First Birthday tickers

Friday, November 13, 2009

Kentut dalam Solat

Assalamualaikum..

Time saya sekolah dulu, kami ada sesi tazkirah antara maghrib isya' and biasanya kalau waktu Ustazah Habibah warden kami yang bertugas, kami tidak akan pergi ke masjid sebaliknya bersolat di musolla aspuri sahaja... So saya teringat akan soalan one of us time tazkirah ni, dia tanya "Berkentut membatalkan solat, tapi kalau dia keluar dari jalan depan?" Maklum la semua muslimah time tu, so takde nak malu2 tanya soalan macam ni, well nak kongsi jawapan nya kat sini, cuz I am sure byk kaum wanita yang mengalami masalah angin dlm badan and keluar ikut jalan depan. Dan for sure menyebabkan was-was, dan namanya was-was ni, tak sihat. Menurut pembacaan dan rujukan dari yang lebih berilmu, definisi kentut ialah "apabila ada bunyi dan bau" Dan ini dapat dibuktikan dengan:

Dari Abu Hurairah ra katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, "Jika salah seorang di antara kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya, lalu sukar baginya(memastikan) apakah telah ada sesuatu yg keluar daripadanya atau belum, maka janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia (benar2) mendgr bunyi atau mencium bau."[HR Muslim dan Baihaqi]


`Abd Allah b. Zayd b. Âsim telah mempersoalkan kepada Rasulullah SAW bahawa seseorang boleh merasakan dia telah terkentut ketika didalam Solatnya. Berkenaan ini Rasulullah SAW berkata : "Jangan berganjak dari tempat kamu kecuali kamu dengar atau bau sesuatu(keluar kentut)" Hadith ini sahih diriwayatkan didalam Sahîh al-Bukhârî dan Sahîh Muslim.


Well, ini ialah definisi kentut sama ada dari qubul mahupun dubur, Persoalannya di sini kalau keluar ikut qubul ? adakah batal?

Madzhab Hanafi juga berpegang dgn kentut membatalkan wudhu’ . Ini orang selalu silap faham bila terdapat khabar angin yg mengatakan boleh ikut Hanafi kerana Hanafi madzhab yg kata kentut tak batal wudhu’. Pendapat yg benar ialah angin yang keluar dari dubur sahaja yang membatalkan wudhu’. Adapun jika angin keluar dari mulut, atau zakar dan faraj, tidak membatalkan wudhu’ kerana ia bukan jalan yang sepatutnya. Kalau anda nak pegang dgn pendapat Hanafi ni boleh.

Kalau was-was, baiknya ambil jalan keluar dengan bersolat sekali lagi, WALAU BAGAIMANAPUN, satu kaedah fiqh iaitu:

'Keyakinan tidak dapat dihilangkan dgn syak'

Kaedah ini menjadi salah satu kaedah yg penting dalam syariat bagi mengelakkan perasaan was2 dan keliru.

Ok, sebagai contoh, sekiranya kita berwudhu' lepas 30 minit, was2 sama ada masih ada wudhu' atau tidak, jadi di sini masih ada wudhu' sebabnya yang yakinnya kita telah ambil wudhu' dan kita tak pasti apa yang membatalkan wudhu' kita, hanya rasa was-was.

Jadi dalam kes kentut tadi, untuk meyakinkan yang kita telah berkentut, itulah bau dan bunyi tadi....

Wallahu alam' , this is opened to discussion.

6 chemistry(s):

Anonymous said...

jadi kentut dr jalan depan tak batal wudhuk?

sbb tak bunyi dan bau.

Aida The Pink Goddess said...

ya, kalau ikut mmg tak batal and sebab dr dubur je dikira batal, wallahu alam..

Anonymous said...

saya merasakan bahawa bm anda sgt la formal,sehingga menimbulkan persoalan di benak minda hehe .... yer kentut memang berbau hehe

Aida The Pink Goddess said...

saya mmg formal orgnya.hahaa, ya berbau wangi..

PurPLe LaDy AiFA said...

wah, mun zaman skolah2 dolok, mesti byk soklan plek2 dr sidak klas.. penin palak ustaz awang nak jawab nya.. heh

Aida The Pink Goddess said...

pa! ingat sik awg rahim nyk cekgu ikhwan leng, apa jadi ngan sperma mun masuk lam mulut??? ahahahahahaha!!!!!

Related Posts with Thumbnails